Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kalau suka jagung, jangan buang kulitnya... ada banyak khasiatnya!

Ketika mengupas jagung kebanyakan orang akan membuang kulit serta rambutnya yang berwarna kuning keemasan atau nama saintifiknya stigma maydis.

Anggaran Waktu Membaca:
Kalau suka jagung, jangan buang kulitnya... ada banyak khasiatnya!

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 07 Mar 2020 11:48PM Dikemas Kini : 07 Mar 2020 11:51PM

KUALA LUMPUR: Ketika mengupas jagung kebanyakan orang akan membuang kulit serta rambutnya yang berwarna kuning keemasan atau nama saintifiknya stigma maydis.

Jika diperhatikan rambut jagung itu seperti benang halus menyerupai sutera yang melapisi kulit buah kegemaran ramai itu.

Tahukah anda, rambut jagung itu sebenarnya tinggi dengan protein, karbohidrat, kalsium, kalium, magnesium, natrium, garam, stigmasterol dan sitosterol.

Ia juga boleh dibuat sebagai teh malah perubatan tradisional Cina banyak menggunakannya untuk tujuan merawat pelbagai penyakit.

1. Merendahkan kandungan gula dalam darah

Rambut jagung dapat mengurangkan kadar gula dalam darah selain membantu mengawal gejala kencing manis dalam satu kajian yang dilakukan.

2. Mengurangkan risiko penyakit alzheimer

Kajian dalam jurnal Molecules pada 2012 mendapati, rambut jagung memilik kesan neuroprotektif yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit tersebut.

3. Merawat jangkitan pundi kencing

Jangkitan pundi kencing tidak boleh dipandang ringan. Kajian mendapati rebusan air rambut jagung yang dibuat sebagai teh mampu merawat masalah itu.

4. Meningkatkan kesihatan jantung

Kandungan falvonoid dalam rambut jagung terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol yang juga penyebab kepada masalah jantung manusia.

5. Membantu pesakit kemurungan

Rambut jagung memiliki antikemurungan. Satu kajian dilakukan terhadap tikus yang mempunyai masalah kemurungan menunjukkan ia dapat membantu mengurangkan masalah mental itu.

6. Menurunkan berat badan

Ia boleh membantu anda menurunkan berat badan kerana rambut jagung itu rendah kalori. Amalan minum teh rambut jagung juga akan membuatkan anda kenyang, meningkatkan metabolisme serta melancarkan sistem pencernaan anda.

7. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Amalan minum teh rambut jagung dapat membantu mengeluarkan cecair berlebihan dalam badan serta mengurangkan potensi tekanan darah tinggi.

8. Mengurangkan masalah lesu

Keletihan dan lesu boleh menjejaskan aktiviti harian, malahan menurut kajian UPM juga dalam jurnal Molecules pada 2012 mendapati kandungan flavonoid dalam rambut jagung terbukti dapat mengurangkan masalah lesu.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan