Kalau benar ekonomi gagal diurus, tarik sokongan terhadap PM, Ketua Pemuda UMNO cabar Muhyiddin
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi Berita
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin yang mendakwa kepemimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilihat gagal menguruskan ekonomi sekali gus Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu diadakan.
Dalam masa sama, ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Encik Muhyiddin untuk mengarahkan Ahli-Ahli Parlimen PN di dalam Kabinet untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dengan segera, seperti dinukil Astro AWANI.
"Keadaan ekonomi hari ini jauh lebih baik daripada waktu beliau (Encik Muhyiddin) membuat ‘lock-down’ separa masak paling lama dan menggantung Parlimen sewenangnya beberapa bulan. Jadi siapa sebenarnya yang gagal urus ekonomi?
"Siapa Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri MITI? Siapa Menteri Perancang Ekonomi (EPU)? Dan siapa Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi? Bukankah semuanya termasuk Tan Sri (Muhyiddin) daripada parti BUNGA (Bersatu)? Sekali lagi siapakah yang sebenarnya gagal?
"Apakah setelah Tengku Zafrul isytihar menyertai BN, maka Menteri Kewangan lantikan Tan Sri bahkan disyaratkan oleh Tan Sri sendiri untuk dikekalkan sebagai Menteri Kewangan zaman Datuk Seri Ismail Sabri terus diisytiharkan gagal juga?” soal Encik Asyraf dalam kenyataan yang dikongsi beliau di akaun media sosialnya pada Selasa (20 Sep).
Pada Isnin (19 Sep), Encik Muhyiddin secara terbuka membidas kepemimpinan Encik Ismail Sabri yang dilihatnya tidak memandang semua isu membelenggu negara ketika ini termasuk inflasi, kekurangan tenaga kerja dan kemerosotan nilai ringgit sebagai sesuatu yang penting, lapor Astro AWANI.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata setiap kali majlis itu bermesyuarat, isu kekurangan tenaga kerja sering kali dibangkitkan dan dilaporkan kepada Kabinet, namun setakat ini masih belum ada penyelesaian komprehensif terhadap semua isu ini.
"Isu kejatuhan nilai ringgit juga tidak dipandang serius. Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit.

"Malah dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is okay. Saya tahu tidak semuanya okay di luar sana," katanya.
Justeru itu, Encik Asyraf Wajdi menyarankan agar Encik Muhyiddin tidak hanya menggertak tetapi membuktikan dengan tindakan.
"Sebagai anak jantan segera arah anak-anak buah Tan Sri dalam kerajaan untuk menarik sokongan terhadap PM," kata Asyraf Wajdi.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.