Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kalah judi, lelaki Bangladesh palsukan kematian sendiri

Seorang lelaki di Bangladesh ditangkap polis kerana memalsukan kematiannya di media sosial. Gara-gara berhutang, Adel Shikder sanggup berpura-pura dibunuh dengan menggunakan jus buah warna merah sebagai darah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kalah judi, lelaki Bangladesh palsukan kematian sendiri

Rakyat Bangladesh itu kalah judi selepas Dinesh Karthik meraih kemenangan bagi pasukan India. (Gambar: ISHARA S KODIKARA/AFP)

Diterbitkan : 27 Mar 2018 07:52PM Dikemas Kini : 27 Mar 2018 07:56PM

DHAKA, BANGLADESH: Seorang lelaki di Bangladesh ditangkap polis kerana memalsukan kematiannya di media sosial. Gara-gara berhutang, Adel Shikder sanggup berpura-pura dibunuh dengan menggunakan jus buah warna merah sebagai darah.

Video 'pembunuhan' Shikder dikongsi sebanyak 10,000 kali di media sosial dalam tempoh beberapa hari sahaja. Bahkan ia mendorong polis untuk mencari mayatnya.

Polis kemudian mendapati, Shikder rupa-rupanya memalsukan kematiannya sendiri untuk melepaskan diri daripada hutang sebanyak AS$1,800 (S$2,400) selepas kalah taruhan dalam pertandingan kriket.

"Dia mengupah seorang jurusolek filem yang juga kadang-kadang juga menjadi jurugambar video untuk merakam 'pembunuhannya' selepas kalah 150,000 taka (S$2,400) pada pertandingan akhir Piala Nidahas antara Bangladesh dan India," kata pegawai kanan polis Dhaka, Kamruzzaman Sardar kepada AFP.

Polis menyatakan ada tiga orang yang dilihat dalam video itu. Dua daripadanya dilihat seakan mengelar leher Shiker, 28 tahun selepas menahannya.

Mereka menggunakan sirap jus buah warna merah sebagai darah buatan yang dilumurkan ke tubuh Shikder. Gambar lehernya dikelar itu dikongsi di media sosial.

Shikder juga mengirimkan video 'pembunuhan' itu kepada orang yang menang taruhan dengannya.

"Dia (Shikder) menang taruhan 40,000 taka daripada orang yang sama pada pertandingan peringkat separuh akhir Bangladesh-Sri Lanka di mana Bangladesh menjadi menang. Dia menghabiskan wang itu dan membuat taruhan lebih besar pada peringkat akhir," kata Encik Sardar.

Menurut polis, Shikder juga sempat menelepon adik lelakinya dengan mengubah suaranya dan memberitahu bahawa jenazah dirinya ada di Chittagong, yang terletak 200 km dari ibu kota Dhaka. Sanak saudara dan polis Bangladesh berusaha mencari mayat Shikder selepas ibu bapanya membuat laporan.

Namun, rancangan ketiga-tiga individu itu terbongkar selepas polis menangkap jurusolek yang membantu Shikder pada Sabtu (24/3). Keesokan harinya, Shikder ditangkap polis di wilayah Faridpur, kata Encik Sardar.

"Saya melakukan ini supaya beliau tidak menagih hutang taruhan dari saya. Saya tidak menyedari bahawa ia boleh menjadi seperti ini," kata Shikder penuh kesal, di hadapan wartawan setempat.   

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan