Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kakitangan London Tube rancang mogok bulan depan

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Kakitangan kereta api bawah tanah London merancang untuk mengadakan mogok pada 19 Ogos berhubung pekerjaan dan pencen, menurut kesatuan RMT pada Selasa (26 Jul) dalam pertikaian perindustrian terbaru yang boleh mengganggu perkhidmatan pengangkutan Britain.

"Melainkan jika ada jaminan yang dibuat mengenai pekerjaan, pencen dan perubahan ketara pada keadaan kerja, mogok kami pada 19 Ogos akan diteruskan," kata setiausaha agung RMT, Mick Lynch.

Kesatuan itu menyatakan bahawa Transport For London (TfL) sudah gagal untuk mengadakan perbincangan tentang melindungi pekerjaan dan pencen. TfL tidak segera memberikan respons apabila diminta untuk memberikan komen.

Lebih 40,000 anggota RMT dan Kesatuan TSSA juga akan mengadakan mogok pada Rabu (27 Jul), yang boleh menyebabkan separuh daripada rangkaian kereta api atas tanah Britain ditutup.

Tindakan yang berulang itu sudah menyebabkan kebanyakan perkhidmatan kereta api terhenti selama tiga hari pada bulan lalu.

Britain kini berhadapan dengan pergolakan perindustrian yang semakin meruncing. Ia sudah menjejas beberapa industri dari perkapalan ke kereta api dan pendidikan.

Ia belaku ketika gaji para pekerja tidak menandingi kadar inflasi yang melambung tinggi.

Inflasi di Britain diramalkan mencecah 10 peratus pada akhir tahun ini.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan