Kakitangan keselamatan Saudi siap sedia pastikan keamanan di Makkah, Madinah jelang musim haji
Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan lebih 1.6 juta jemaah haji dari lebih 100 negara sudah tiba di negara itu.
Ini menjelang bermulanya ibadah wukuf di Arafah pada Selasa depan.
Menurut Panglima Pasukan Kecemasan Khas Saudi, Mejar Jeneral Mohammed Al-Omari,
kakitangan keselamatan bersiap sedia untuk mengekalkan keamanan dan kemantapan di Makkah, Madinah serta tapak-tapak suci Islam yang lain, pada musim haji kali ini.
Di pusat kecemasan Haji di kota Makkah, kakitangan keselamatan memantau keadaan menggunakan kamera CCTV dan sistem keselamatan berteknologi tinggi.
Menurut jurucakap pusat itu, semua panggilan kecemasan yang diterima, disambung kepada pihak yang bertanggungjawab dalam tempoh 45 saat.
Semua jabatan keselamatan dan perkhidmatan untuk haji tahun ini katanya, ditempatkan di bangunan yang sama.
Tahun ini merupakan kali pertama semua sekatan COVID-19 dimansuhkan dan jumlah jemaah haji dijangka kembali kepada 2.4 juta orang seperti sebelum pandemik pada 2019.

Sumber : AGENCIES/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.