Kakitangan Google di merata dunia bantah gangguan seksual
Beribu-ribu pekerja syarikat Google di merata dunia melancarkan tindakan memulaukan kerja, sebagai membantah cara syarikat itu menangani kes-kes gangguan seksual.
Gambar fail logo Google di sebuah bangunan pejabat di Zurich. (Gambar fail: Arnd Wiegmann/Reuters)
SAN FRANCISCO: Beribu-ribu pekerja syarikat Google di merata dunia melancarkan tindakan memulaukan kerja, sebagai membantah cara syarikat itu menangani kes-kes gangguan seksual.
Para pekerja berhimpun beramai-ramai di luar pejabat-pejabat mereka di Silicon Valley, California sebagai tanda muhibah dengan kakitangan syarikat teknologi itu di seluruh dunia.
Bantahan bermula di Asia dan merebak ke Eropah sebelum tindakan yang sama dimulakan di Amerika.
Bantahan dilancarkan selepas Google mengumumkan minggu lalu bahawa ia sudah memecat 48 kakitangannya sejak dua tahun lalu, termasuk yang berpangkat eksekutif kerana dakwaan salah laku seksual.
CEO syarikat itu, Sundar Pichai, berjanji langkah-langkah konkrit akan diambil bagi membetulkan keadaan.
Syarikat Google menggajikan sekitar 94,000 pekerja di merata dunia dan 30 peratus daripada mereka adalah wanita.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.