Skip to main content

Dunia

Kakak tikam adik hingga maut gara-gara rebut tempat duduk dalam kereta

Anggaran Waktu Membaca:
Kakak tikam adik hingga maut gara-gara rebut tempat duduk dalam kereta

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 21 Oct 2022 11:54AM
ISKANDAR PUTERI: Remaja lelaki maut, dipercayai ditikam kakaknya selepas berebut tempat duduk di dalam kereta ketika pulang sekolah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata perselisihan faham dua beradik berlarutan selepas tiba di rumah mereka di Ulu Pulai, Ulu Choh pada Rabu (19 Okt).

Katanya, polis menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada pukul 2.15 petang yang melaporkan mangsa maut ditikam, seperti dinukil daripada BH Online.

Beliau berkata, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bertengkar dengan kakaknya berusia 18 tahun, kerana berebut tempat duduk dalam kereta.

Katanya, kakak mangsa berang selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah, lapor BH Online.

"Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 petang pada Rabu".

"Bedah siasat akan dijalankan pada Khamis (20 Okt) di Hospital Sultanah Aminah dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita