Skip to main content

Dunia

Kakak Presiden Trump sifatkan adiknya 'zalim' dan 'pembohong'

 Kakak kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Maryanne Trump Barry menggambarkan abangnya sebagai 'kejam dan pembohong' menyebabkan beliau tidak boleh dipercayai, menerusi satu rakaman yang dibuat secara rahsia yang diterbitkan pada Sabtu (23 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Kakak Presiden Trump sifatkan adiknya 'zalim' dan 'pembohong'

Presiden AS Donald Trump. (Gambar fail: Tom Brenner/REUTERS)

Diterbitkan : 23 Aug 2020 08:37PM Dikemas Kini : 23 Aug 2020 08:41PM

WASHINGTON: Kakak kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Maryanne Trump Barry menggambarkan abangnya sebagai 'kejam dan pembohong' menyebabkan beliau tidak boleh dipercayai, menerusi satu rakaman yang dibuat secara rahsia yang diterbitkan pada Sabtu (23 Ogos).

Cik Barry mengecam abangnya berhubung dasar imigresen yang menyebabkan kanak-kanak berpisah dengan ibu bapa mereka, di sempadan dan dihantar ke pusat tahanan.

"Yang ingin beliau lakukan hanyalah semata-mata untuk jawatannya. Beliau tidak mempunyai prinsip langsung. Semuanya ciapan Twitternya bohong," katanya dalam rakaman yang diperoleh Washington Post.

Rakaman tersebut dibuat secara rahsia oleh anak saudaranya, Cik Mary Trump, yang diterbitkan bulan lalu dalam biografi 'keluarga toksik' itu.

Bagaimanapun adik lelaki Encik Trump, Encik Robert yang meninggal minggu lalu, memfailkan kes di mahkamah untuk menyekat penerbitan itu dengan alasan Cik Mary melanggar perjanjian yang ditandatangani pada 2001 selepas penyelesaian harta pusaka datuknya, tetapi tidak berhasil.

Sebanyak 950,000 naskhah terjual pada hari ia dilancarkan dengan Rumah Putih menyifatkan biografi itu sebagai "buku palsu".

Rakaman itu juga menjelaskan dakwaan memalukan dalam biografi itu bahawa Encik Trump turut membayar seseorang untuk menduduki kertas ujian untuk masuk ke universiti.

"Beliau masuk ke Universiti Pennsylvania kerana menggunakan seseorang untuk menduduki ujian bagi pihaknya," kata Cik Barry, sambil menambah beliau masih ingat nama lelaki tersebut.

Presiden Trump mahupun Rumah Putih tidak memberikan sebarang respons berhubung rakaman tersebut.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita