Skip to main content

Dunia

Kaherah larang penduduk sembelih haiwan korban di tempat awam

 Pihak berkuasa di ibu kota Mesir menyatakan bahawa ia akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang menyembelih haiwan korban di kawasan terbuka sempena Aidiladha.

Anggaran Waktu Membaca:
Kaherah larang penduduk sembelih haiwan korban di tempat awam

(Gambar: Mohamed El-Shahed/ AFP)

Diterbitkan : 20 Aug 2018 04:20PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 04:36PM

KAHERAH: Pihak berkuasa di ibu kota Mesir menyatakan bahawa ia akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang menyembelih haiwan korban di kawasan terbuka sempena Aidiladha.

Ia susulan kes darah mengalir di jalan raya dipenuhi sampah dan dikotori organ haiwan yang disembelih.

Menjelang perayaan itu, kian ramai peniaga mula menjual haiwan ternakan di pasar-pasar sementara di tengah-tengah timbunan sampah di bandar tersebut.

Pejabat gabenor di Kaherah menegaskan program 'pembersihan' itu dilancarkan dalam usaha menghentikan penyembelihan haiwan secara meluas dalam sekitaran tidak bersih di bandar itu.

Bagi mengelakkan sebarang tindakan "kejam dan tidak boleh diterima", para pegawai di setiap kejiranan diarahkan supaya menguatkuasakan dengan tegas undang-undang melarang amalan itu, kata jurucakap Khaled Mostafa.

Sesiapa yang didapati bersalah akan didenda sekurang-kurangnya 5,000 pound Mesir (S$380), jumlah besar yang melebihi purata pendapatan bulanan di negara itu.

"KOTOR DAN BERBAHAYA" 

Di kawasan sesak kejiranan Sayeda Zainab di tengah Kaherah, peniaga seperti Hussein Abul al-Azizi berkata mereka menyambut baik langkah pemerintah menghapuskan amalan penyembelihan di jalan raya. Malah, beliau sendiri mendakwa tidak melakukan perkara itu.

"Tindakan menyembelih haiwan di jalan raya memang sama sekali tidak boleh diterima. Ia seharusnya dilakukan dalam sebuah rumah sembelih dengan seorang doktor haiwan yang ditugaskan untuk memeriksa keadaan haiwan berkenaan dan di bawah penyeliaan kementerian kesihatan," kata Encik Aziz. 

Sumber : Agensi berita/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita