Skip to main content

Dunia

Kafe Panda ini rupa-rupanya penuh dengan...

Sebuah kafe haiwan peliharaan di China mencetuskan kontroversi selepas pemiliknya mewarnakan bulu sebilangan anjing jenis Chow Chow sehingga menyerupai beruang panda.

Anggaran Waktu Membaca:
Kafe Panda ini rupa-rupanya penuh dengan...

Kafe haiwan peliharaan ini cetus kontroversi selepas pemiliknya mewarnakan bulu sebilangan anjing menyerupai beruang panda.

Diterbitkan : 19 Nov 2019 01:39PM Dikemas Kini : 24 Dec 2019 11:10PM

CHENGDU: Sebuah kafe haiwan peliharaan di China mencetuskan kontroversi selepas pemiliknya mewarnakan bulu sebilangan anjing jenis Chow Chow sehingga menyerupai beruang panda.

Kafe 'panda' itu terletak di Chengdu - yang menempatkan Pangkalan Penyelidikan Chengdu bagi Pembiakan Beruang Panda dan kafe itu dibuka kepada orang ramai baru-baru ini, lapor agensi berita BBC.

Pada mulanya, Kafe 'Cute Pet Games' itu kelihatan seperti sebuah kediaman bagi keenam-enam ekor anak panda. Haiwan itu sebenarnya adalah anjing jenis Chow Chow yang bulunya ‘ditukar warna’ semata-mata supaya ia menyerupai haiwan yang menjadi ikon terkenal China.

Rakaman video menunjukkan enam anjing Chow Chow dengan bulu pada bahagian mata dan telinganya yang diwarnakan hitam menjadi tular di wadah media sosial China seperti Weibo, sekali gus mengundang kritikan orang ramai.

Ramai netizen mengutuk perbuatan itu kerana ia mungkin membahayakan anjing-anjing tersebut.

Bagaimanapun menurut laporan BBC, pemilik kafe itu yang hanya dikenali sebagai Huang berkata, anjing-anjing tersebut "benar-benar sihat" walaupun perbuatan kafe berkenaan dikecam hebat.

"Pewarna yang digunakan itu diimport dari Jepun dan ia sangat mahal. Satu tiub saja berharga 800 yuan ($154)," kata Encik Huang kepada Daily Mail. Menurut beliau lagi, pewarna yang digunakan 100 peratus selamat.

Tahun lalu, sebuah taman haiwan di China diselar kerana meletakkanseekor anjing di dalam sebuah sangkar yang dikhususkan untuk harimau Siberia.

Sebuah lagi taman haiwan turut dikritik kerana memperdayakan para pengunjung dengan mengurung seekor anjing di dalam sebuah sangkar bagi serigala.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita