Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kafe Kindness Kitchen tawar makanan percuma kepada golongan kurang mampu

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kindness Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan 'Kafe Kindness Kitchen' untuk golongan tidak berkemampuan menikmati hidangan makanan secara percuma di kafe tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Kafe Kindness Kitchen tawar makanan percuma kepada golongan kurang mampu

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 01:18PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 01:19PM

ALOR SETAR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kindness Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan 'Kafe Kindness Kitchen' untuk golongan tidak berkemampuan menikmati hidangan makanan secara percuma di kafe tersebut.

Pengerusinya, Encik Mohd Azrul Mohd Razak berkata golongan asnaf seperti fakir dan miskin selain gelandangan, anak yatim serta orang kurang upaya (OKU) boleh mengunjungi kafe itu di Jalan Sultanah yang sebagai permulaan beroperasi setiap Sabtu sahaja.

"Kafe beroperasi dari pukul 7.00 hingga 9.00 malam dalam bulan Ramadan ini manakala pada hari biasa ia akan beroperasi dari pukul 8.00 hingga 11.00 malam. Sepanjang Ramadan ini, kita sasarkan lebih 300 asnaf akan mendapat manfaat daripada projek ini," katanya kepada Bernama.

Encik Mohd Azrul berkata kafe yang dilancarkan pada Selasa lalu itu terhasil selepas soal selidik dijalankan terhadap golongan asnaf yang kebanyakan mereka tidak pernah atau jarang dapat makan di luar kerana kos tinggi terutamanya yang mempunyai ramai ahli keluarga.

"Mereka boleh datang makan di kafe ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Seramai 25 sukarelawan akan bertugas secara giliran termasuk memasak makanan seperti masakan panas, masakan barat, kuih-muih dan minuman,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memperuntukkan kira-kira RM300 (S$100) untuk setiap kali tajaan berbuka puasa kepada 25 hingga 30 asnaf dalam satu masa.

Katanya lagi, proses untuk menyiapkan kafe itu termasuk pengubahsuaian yang mengambil masa hampir tiga bulan yang dimulakan pada Januari lalu dan menelan belanja berjumlah RM3,000 (S$1,000).

Encik Mohd Azrul berkata pihaknya merancang untuk membuka kafe berkenaan enam hari seminggu namun ketika ini tidak dapat dilaksanakan berikutan kekurangan sukarelawan untuk bertugas.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan