Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kadar vaksin hampir capai 80%, wilayah Victoria dedah rancangan longgarkan lagi sekatan COVID-19

Wilayah Victoria di Australia dijangka mencapai kadar vaksinasi lengkap 80% dalam minggu akan datang, memberi laluan kepada kelonggaran langkah COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar vaksin hampir capai 80%, wilayah Victoria dedah rancangan longgarkan lagi sekatan COVID-19

Gambar fail penduduk Melbourne, Victoria di Australia pada 11 Jun 2021 di tengah pandemik COVID-19. (Gambar: Reuters/Sandra Sanders)

Diterbitkan : 24 Oct 2021 06:56PM Dikemas Kini : 24 Oct 2021 07:02PM

MELBOURNE: Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews mendedahkan rancangan lanjut bagi memansuhkan lebih banyak sekatan COVID-19 di wilayah Australia itu.

Mulai Jumaat depan, seluruh Victoria dikenakan peraturan COVID-19 yang sama.

Mulai hari itu nanti, tiada lagi sekatan sempadan bagi bandar terbesarnya, Melbourne.

Semua penduduk Melbourne bebas pergi ke mana-mana sahaja di seluruh Victoria.

Orang ramai juga tidak lagi perlu pakai pelitup ketika berada di luar.

Restoran, pub, gimnasium, dan salon rambut boleh dibuka kembali.

Majlis perkahwinan, pengebumian dan acara keagamaan boleh dihadiri sehingga 500 orang yang sudah lengkap divaksin.

Kelonggaran lanjut itu dilaksanakan kerana wilayah Victoria dijangka mencapai kadar vaksinasi lengkap 80 peratus dalam minggu akan datang.

Sumber : Agensi berita/IQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan