Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kadar penginapan di hotel Makkah cecah 80%, tertinggi dalam tiga tahun

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Sektor penginapan dan hotel di Makkah menyaksikan lonjakan sepanjang musim Ramadan 2023, dengan kadar penginapan hotel mencecah 80 peratus, iaitu paras tertinggi dalam tiga tahun.

Demikian menurut laporan Saudi Gazette yang memetik data yang dikeluarkan Jawatankuasa Haji dan Umrah bagi Dewan Perundangan Makkah.

Harga hotel sepanjang Ramadan turut meningkat ekoran permintaan tinggi, khususnya pada 10 hari terakhir Ramadan.

Tinjauan yang dilakukan oleh perniagaan Al-Eqtisadiah mengenai tempahan bilik hotel di kawasan tengah Makkah sewaktu 10 hari terakhir Ramadan mendapati bahawa harga semalam di hotel bernilai antara 3,000 riyal Saudi (S$1,060) hingga 9,000 riyal Saudi (S$3,182), sekiranya bilik itu ditempah sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Haji dan Umrah bagi Dewan Perundangan makkah, Abdullah Al-Qadi, berkata, harga bilik hotel di Makkah tertakluk kepada beberapa syarat, khususnya bekalan dan permintaan, selain jaraknya ke Masjidil Haram, serta khidmat yang disediakan.

Tambahnya, apa yang membezakan harga bilik hotel di Makkah adalah jaraknya, terutama sekali hotel-hotel yang terletak di kawasan tengah, di mana harganya mencatat kenaikan secara beransur-ansur semasa menghampiri Ramadan dan meningkat seganda pada 10 hari terakhir bulan itu.

Kementerian Pelancongan bekerjasama dengan jujur dan jelas dengan para pelabur dalam sektor penginapan di Makkah, dengan matlamat untuk memulihkan dan menghidupkan semula sektor itu ekoran pandemik COVID-19, Saudi Gazette memetik kata-kata Encik Abdullah.

Encik Abdullah berkata, kementerian itu mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi pelabur. Ia menganjurkan beberapa mesyuarat secara maya untuk menangani masalah-msalah yang menghambat industri itu, sekali gus membantu sektor itu cepat pulih.

Sementara itu, sesetengah kakitangan sektor tersebut mengesahkan kenaikan besar harga bilik hotel menyusuli pandemik COVID-19. Mereka menarik perhatian bahawa harga bilik di kawasan tengah Makkah adalah antara 35,000 riyal Saudi (S$12,374) hingga 55,000 riyal Saudi (S$19.445), namun ia mencecah 45,000 riyal Saudi (S$15,909) hingga 90,000 riyal Saudi (31,819) pada 10 hari terakhir Ramadan.

Lonjakan harga hotel itu disebabkan kenaikan perbelanjaan operasi, selain kenaikan harga makanan dan permintaan, menurut Saudi Gazette.

Para pekerja itu turut menyatakan, Ramadan ini menyaksikan kemasukan hebat jemaah, terutama sekali ekoran kelonggaran visa dan langkah-langkah memudahkan jemaah asing ke Arab Saudi, yang mendorong permintaan bagi bilik-bilik hotel di kawasan tengah Makkah.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan