Kadar pengangguran Korea Selatan pada April terus catat paras terendah

(Gambar: Jung Yeon-je/AFP)
KOREA SELATAN: Kadar pengangguran di Korea Selatan kekal pada paras terendah dalam sejarah untuk bulan ketiga berturut-turut pada April.
Sementara itu, jumlah pengambilan pekerja naik untuk bulan ke-14 berturut-turut, menurut data pemerintah yang dikeluarkan pada Rabu (11 Mei).
Reuters melaporkan kadar pengangguran yang disesuaikan secara musiman untuk bulan April kekal pada 2.7 peratus dan tidak berubah daripada dua bulan sebelumnya. Kadar ini adalah yang terendah sejak data mula dikeluarkan pada 1999.
Korea Selatan sudah menambah 865,000 pekerjaan sejak setahun lalu. Ia menyusuli penambahan 831,000 pekerjaan pada bulan Mac lalu, lapor Reuters, sekali gus meningkatkan jumlah pengambilan pekerja buat 14 bulan berturut-turut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.