Kadar kematian COVID-19 di New Zealand capai paras rekod
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang petugas jagaan kesihatan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. (Gambar: AP)
WELLINGTON: New Zealand mencatat jumlah kematian tertinggi akibat COVID-19 sedang negara itu memerangi gelombang baru varian Omicron yang menjejas teruk penduduk lebih tua.
Sebanyak 151 kematian dilaporkan dalam tempoh tujuh hari minggu lalu hingga 16 Jul berbanding 115 pada minggu paling teruk semasa gelombang virus sebelum ini pada Mac, menurut data Kementerian Kesihatan
Lagi 26 kematian dicatatkan sejak 24 jam lalu, kesemuanya pesakit berusia lebih 60 tahun, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan media pada Jumaat (22 Jul).
Gelombang baru COVID-19 di negara dengan 5.1 juta penduduk itu disebabkan subvarian Omicron BA.5.
Sebanyak 64,780 kes aktif dicatatkan dalam tempoh tujuh hari lalu dengan pihak berkuasa menyatakan banyak kes jangkitan tidak dilaporkan.
Jabatan kecemasan, doktor keluarga dan pusat perubatan dilaporkan berada di bawah tekanan. Meskipun begitu, data Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar kemasukkan ke hospital lebih rendah berbanding ketika kemuncak pada Mac lepas.
Pemerintah menolak tekanan daripada beberapa doktor untuk menguatkuasakan semula sekatan terhadap perhimpunan awam ataupun mewajibkan pemakaian pelitup di sekolah.
Namun, ketua Kementerian Pendidikan, Iona Holsted berkata pada Khamis (21 Jul) bahawa kementerian itu menasihatkan sekolah-sekolah untuk menguatkuasakan pemakaian pelitup sekerap mungkin apabila pelajar kembali ke sekolah minggu depan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.