Skip to main content

Dunia

Kad Nusuk catat lebih 3.4 juta imbasan sejak musim haji bermula

Anggaran Waktu Membaca:
Kad Nusuk catat lebih 3.4 juta imbasan sejak musim haji bermula

Jemaah melakukan tawaf semasa musim haji. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 24 May 2026 11:24AM
MINA: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan beberapa pencapaian operasi dan perkhidmatan bagi tempoh 1 Zulkaedah hingga 6 Zulhijah 1447H, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh perkhidmatan kepada jemaah haji.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), kementerian itu memaklumkan pasukan lapangan melaksanakan lebih 80,000 lawatan pemeriksaan bagi memantau kesiapsiagaan perkhidmatan dan memastikan pematuhan penyedia perkhidmatan terhadap piawaian yang diluluskan.

Perkhidmatan yang disediakan menerusi platform “Nusuk” turut melebihi 173,000. Ini sekali gus menyokong pengalaman jemaah dan memenuhi keperluan mereka sepanjang ibadah itu.

Dalam bidang perkhidmatan digital, Kad Nusuk mencatat lebih 3.4 juta imbasan di pelbagai pusat pemeriksaan, sekali gus memudahkan pergerakan jemaah serta meningkatkan kecekapan pengurusan perkhidmatan.

Sementara itu, pusat panggilan bersepadu (1966) menerima lebih 154,000 panggilan, dengan menyediakan sokongan, panduan dan maklum balas kepada pertanyaan jemaah dalam pelbagai bahasa sepanjang masa.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita