Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kad ID dilancar bantu pengunjung Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Penjaga bagi Ehwal Dua Masjid Suci, yang diwakili oleh Agensi bagi Bahasa dan Penterjemahan, yang diwakili oleh Pentadbiran Am bagi Bahasa dan Penterjemahan melancarkan kad pengenalan untuk memudahkan akses kepada beberapa khidmat elektronik.

Demikian menurut laporan Arab News. 

Khidmat-khidmat itu termasuk siaran khutbah, kelas-kelas secara langsung, program radio dan juga buku audio yang diterjemahkan menerusi Platform Manarat Al-Haramain. 

Penjaga tersebut mengesahkan pada Ahad (20 Mac) bahawa kad tersebut juga mengandungi peta-peta interaktif, sekali gus menarik perhatian bahawa agensi tersebut berminat untuk menyediakan kesemua khidmat dengan menggunakan teknologi terkini, agar dapat membantu pengunjung ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk "melaksanakan ibadah mereka dengan lancar". 

Pengarah Agung Pentadbiran Am Bahasa dan Penterjemahan, Ahmed bin Marzouq Al-Jumaeiei memberi butiran lanjut tentang ciri-ciri kad tersebut. 

"Kad pengenalan ini mempunyai beberapa kod QR yang penting dan boleh memudahkan akses kepada khidmat-khidmat elektronik yang disediakan oleh Agensi Bahasa dan Penterjemahan," menurutnya, seperti dipetik Arab News. 

"Penterjemahan secara langsung khutbah dan kelas berdasarkan standard yang paling tinggi. Agensi itu bergantung kepada beberapa pakar untuk menterjemahkan kandungan khutbah sebelum disiarkan. Penterjemahan itu kemudian disemak dan disunting sebelum disemak sekali lagi dengan ucapan khutbah," tambahnya. 

"Proses penyiaran ini menggunakan teknologi digital yang terbaru untuk menyampaikan perutusan Kaabah kepada dunia menerusi aplikasi dan platform elektronik Manarat Al-Haramain. Ini dilakukan menerusi beberapa bahasa, terutamanya Inggeris, Perancis, Parsi dan Melayu. Ia juga menyokong penggunaan pautan di semua peranti bijak," menurut laporan Arab News. 

"Terdapat kod QR kod yang membawa pengguna ke akaun Twitter Agensi Bahasa dan Penterjamahan. Di sini, ia akan berkongi tweet berkaitan khidmat penterjemahan, seperti siaran langsung khutbah, kelas, program radio, buku audio, video bimbingan dan nukilan yang diterjemahkan," menurutnya lagi.

"Selain itu, terdapat juga kod QR yang mengandungi peta interaktif Masjidil Haram yang boleh membantu pengunjung mengakses kesemua lokasi dan khidmat di dalam dan di luar Masjidil Haram serta halamannya. 

"Penjaga (kedua masjid suci) ini akan menghadiahkan pengunjung dengan fon telinga yang berwayar agar dapat memudahkan pendengaran khutbah dan kelas. Para petugas di masjid tersebut akan memberikan penjelasan lebih ringkas kepada para pengunjung, dalam beberapa bahasa, agar dapat memanfaatkan khidmat ini," tambahnya. 

"Terdapat petugas di koridor-koridor Masjidil Haram dan juga di tempat-tempat masuk. Khusunya, Pintu Gerbang Abdulaziz, Raja Fahd bin Abdulaziz, Ajyad, Fatah, Umrah dan Salaam dan juga pintu-pintu masuk di tingkat-tingkat atas. 

"Mereka akan memberikan bimbingan dalam lebih 23 bahasa, termasuk Inggeris, Perancis, Parsi, Urdu, Melayu, Turki, Rusia, Sepanyol, Hausa, Cina dan Pashto." 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan