KYIV, UKRAINE: Kaca mata diperbuat daripada sisa kopi.
Kedengaran pelik tetapi itulah daya inovasi seorang pemuda di ibu kota Ukraine, Kyiv.
Hampas kopi dicampur dengan minyak sayur dan sejenis tumbuhan herba yang kemudian ditekan-tekan menjadi sekeping lapisan.
Mesin selanjutnya digunakan untuk menghasilkan bingkai cermin mata daripada lapisan tersebut.
Selepas menggilap dan memasang bahagian-bahagian lain, sisa kopi akhirnya menjadi kaca mata hitam mesra alam.
Hanya lima hingga tujuh pasang kaca mata seumpama itu dihasilkan setiap hari.
Ia dijual di kafe-kafe tempatan dan menerusi wadah online pada harga bermula S$120.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.