Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kabus tebal sebabkan kemalangan teruk jalan raya di jambatan Zhengzhou China

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Puluhan kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya di sebuah jambatan di bandar tengah China, Zhengzhou di wilayah Henan akibat keadaan cuaca yang sangat berkabus pada Rabu pagi (28 Dis), lapor media pemerintah CCTV.

Beberapa kereta dan lori dilihat remuk dan bertindih antara satu sama lain di jambatan Zhengxin Huanghe melalui gambar dan video yang dimuat naik ke media sosial.

Ramai orang cedera dan terperangkap di tempat kejadian dan pasukan bomba berada di atas jambatan berkenaan, menurut CCTV.

Anggaran awal daripada para penyelamat di tempat kejadian adalah, kemalangan itu melibatkan lebih 200 kenderaan dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, menurut televisyen tempatan.

Tiada perincian lanjut mengenai kematian atau kecederaan yang dilaporkan.

Kadar penglihatan di beberapa kawasan termasuk di Zhengzhou adalah kurang 500 meter dan 200 meter di beberapa kawasan pada pagi Rabu, menurut khidmat meteorologi tempatan.

Jabatan bomba tempatan segera mengerahkan 11 trak bomba dan 66 anggota penyelamat ke tempat kejadian, menurut media tempatan.

Beberapa rempuhan berlaku di arah utara ke selatan dan selatan ke utara berhampiran dengan garisan tengah Jambatan Zhengxin Huanghe, lapor CCTV.

Polis tempatan mengeluarkan notis dan melarang semua kenderaan melalui jambatan itu disebabkan keadaan cuaca yang berkabus dua jam sebelum itu.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa laluan trafik Zhengzhou.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan