Skip to main content

Dunia

Kabus tebal punca penerbangan ditangguh, dibatal di Lapangan Terbang Sydney

Kabus tebal menyebabkan penerbangan ditangguhkan dan dibatalkan di hab penerbangan antarabangsa paling sibuk di Australia, Lapangan Terbang Sydney, pada Sabtu (29 Jun) pagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kabus tebal punca penerbangan ditangguh, dibatal di Lapangan Terbang Sydney

Kabus tebal menyebabkan penerbangan ditangguhkan dan dibatalkan di hab penerbangan antarabangsa paling sibuk di Australia. (Gambar: David Gray/Reuters)

Diterbitkan : 29 Jun 2019 09:17AM Dikemas Kini : 29 Jun 2019 09:20AM

SYDNEY: Kabus tebal menyebabkan penerbangan ditangguhkan dan dibatalkan di hab penerbangan antarabangsa paling sibuk di Australia, Lapangan Terbang Sydney, pada Sabtu (29 Jun) pagi.

10 penerbangan domestik dibatalkan dan penerbangan-penerbangan antarabangsa ditangguhkan, kata seorang jurucakap Lapangan Terbang Sydney kepada Reuters pada jam 8.00 pagi waktu tempatan (6.00 pagi waktu Singapura).

Penerbangan-penerbangan antarabangsa ditangguh selama 30 minit dan para pelancong digesa agar memeriksa jadual pelepasan dengan syarikat penerbangan mereka.

Seorang jurucakap Qantas memberitahu Reuters tiga penerbangannya dilencongkan dan ditangguhkan seketika namun tiada penerbangan antarabangsa dibatalkan.

Virgin Australia menyatakan bahawa pihaknya menjangkakan kelengahan ketibaan dan pelepasan penerbangan di Sydney sehingga awal petang dan menasihati para penumpang untuk memeriksa status penerbangan secara online bagi mendapatkan maklumat mengenai penerbangan mereka.

"Kelengahan dijangkakan berkurangan menjelang awal petang," menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita