Kabus tebal jejas penerbangan di Britain buat hari kedua
Para pelancong di Britain mengalami gangguan penerbangan pada salah satu hujung minggu yang paling sibuk tahun ini.
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Para pelancong di Britain mengalami gangguan penerbangan pada salah satu hujung minggu yang paling sibuk tahun ini.
Kabus tebal dan jarak penglihatan yang rendah telah menjejas trafik udara di negara itu.
Lapangan Terbang Heathrow, yang merupakan salah satu lapangan terbang paling sibuk di Eropah, menasihati para penumpang supaya memeriksa dengan syarikat penerbangan masing-masing jika terdapat sebarang penangguhan atau kelengahan.
Lapangan Terbang Gatwick di London juga telah memberi amaran bahawa sesetengah penerbangan mungkin akan ditangguhkan.
Menurut laporan, sekurang-kurangnya 20,000 penumpang tiba lewat di destinasi masing-masing atau tiba di lapangan terbang yang salah atau penerbangan mereka dibatalkan.
Para pengkaji cuaca Britain berkata keadaan cuaca mungkin bertambah baik pada Ahad (29 Dis), namun sesetengah langkah sekatan mungkin akan dikekalkan bagi beberapa kawasan dengan jarak penglihatan yang rendah.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.