Skip to main content

Dunia

Kabinet Thailand lulus projek bersama Malaysia, kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok

Kabinet Thailand pada Selasa (2 Jun) meluluskan projek alam sekitar bersama Malaysia yang bertujuan mengurangkan risiko banjir, meningkatkan keselamatan air dan memulihkan ekosistem di Lembangan Sungai Golok, iaitu laluan air merentas sempadan utama yang menghubungkan kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Kabinet Thailand lulus projek bersama Malaysia, kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok

Sungai Golok membentuk sebahagian daripada sempadan semula jadi antara selatan Thailand dan utara Semenanjung Malaysia, dan sering terkesan oleh banjir bermusim. (Gambar: Bernama)

BANGKOK: Kabinet Thailand pada Selasa (2 Jun) meluluskan projek alam sekitar bersama Malaysia yang bertujuan mengurangkan risiko banjir, meningkatkan keselamatan air dan memulihkan ekosistem di Lembangan Sungai Golok, iaitu laluan air merentas sempadan utama yang menghubungkan kedua-dua negara.

Inisiatif yang mendapat sokongan dana sebanyak AS$4 juta (S$1.28 juta) daripada Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF) itu akan dilaksanakan dalam tempoh 48 bulan dengan sokongan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO).

Timbalan Jurucakap Kerajaan Lalida Persvivatana berkata projek itu dibangunkan secara bersama oleh Pejabat Sumber Air Kebangsaan Thailand dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk menambah baik pengurusan banjir, menangani hakisan tebing sungai serta memperkukuh pengurusan sumber air merentas sempadan di Lembangan Sungai Golok.

"Projek ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh keselamatan alam sekitar dan memastikan pengurusan mampan bagi sumber air yang dikongsi bersama," kata beliau dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Kabinet pada Selasa.

Cik Lalida berkata inisiatif berkenaan akan meningkatkan kerjasama dua hala melalui pembangunan pangkalan data bersama, penilaian risiko banjir dan kemarau, serta pelan tindakan strategik bersama untuk lembangan sungai itu.

"Ia juga akan mempromosikan penyelesaian berasaskan alam semula jadi bagi memulihkan ekosistem dan mengurangkan kesan cabaran alam sekitar terhadap komuniti di dalam lembangan berkenaan," kata beliau.

Sungai Golok membentuk sebahagian daripada sempadan semula jadi antara selatan Thailand dan utara Semenanjung Malaysia, dan sering terkesan oleh banjir bermusim yang menjejaskan masyarakat di kedua-dua belah sempadan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita