Kabinet Malaysia setuju dedahkan laporan audit isu kapal tempur pesisir: Menteri
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Wan Junaidi Jaafar. (Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Kabinet Malaysia pada Rabu (17 Ogos) secara prinsipnya bersetuju supaya Laporan Audit Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) didedahkan.
Demikian dikatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Wan Junaidi Jaafar.
Beliau berkata kaedah pendedahan maklumat itu sedang dibincangkan bagi melindungi maklumat sensitif.
"Secara prinsip, jemaah menteri masih menekankan bahawa pendedahan itu bakal dibuat. Saya berpendirian benda-benda yang sensitif, soal sekuriti patutnya memang tidak boleh didedahkan. Di mana-mana demokrasi pun sama ada di Amerika, di England, bahkan di Perancis, dia tidak akan mendedahkan benda-benda yang sangat sensitif," ujar Dr Wan Junaidi.
Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi isu projek LCS akan dibawa ke Kabinet pada Khamis (18 Ogos).
Skandal itu melibatkan kontrak bernilai RM6 bilion (S$1.9 billion) yang diberi kepada syarikat di Malaysia, Boustead Naval Shipyard bagi membina lima kapal LCS.
Kapal-kapal tersebut sepatutnya mula diserahkan kepada tentera laut Malaysia bulan Ogos ini namun, tiada satu pun kapal itu sudah disiapkan.

Sumber : Bernama/ZA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.