Kabinet Kerajaan Perpaduan M'sia mula bertugas, hadir mesyuarat khas pada 5 Dis
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia akan memulakan tugas secara rasmi dengan menghadiri mesyuarat khas jemaah menteri yang pertama dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim pada Isnin (5 Dis).
Selain menghadiri mesyuarat khas yang menetapkan peraturan baru, dua timbalan perdana menteri Malaysia dan beberapa jemaah menteri dijadual mengimbas kad perakam waktu (clock-in) di kementerian masing-masing, sebagai simbolik permulaan tugas rasmi mereka.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dijangka mengadakan sesi 'clock-in', pada sekitar pukul 8.00 pagi dan akan menghadiri majlis sambutan selamat datang sebagai menteri selepas mesyuarat khas itu pada pukul 10.00 pagi.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi akan mengimbas kad perakam waktu tugas menteri pada pukul 8.30 pagi di bangunan kementerian itu dan dijangka 'clock-in' di Pejabat Perdana Menteri pada pukul 12.00 tengah hari.
Bagi barisan menteri pula, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa ketika dihubungi Bernama mengesahkan beliau akan mengimbas kad perakam waktu pada pukul 8.30 pagi, disusuli sesi taklimat di kementerian berkenaan sebelum menghadiri mesyuarat khas itu.
Turut mengadakan sesi merakam waktu tugas sebagai menteri bagi hari pertama pada pukul 8.30 pagi, ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub; Menteri Sains dan Teknologi Chang Lih Kang; dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sementara itu, Menteri Agama Senator Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata beliau akan merakam detik simbolik memulakan tugasnya secara rasmi pada pukul 9.00 pagi serta mengadakan majlis bacaan Yasin di kementerian itu sebelum menghadiri mesyuarat khas Kabinet.
Menteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pula dijadual mengadakan sesi mengimbas kad perakam waktu dan penyerahan nota serah tugas pada pukul 11.00 pagi, diikuti sidang media selepas sesi taklimat kementerian itu pada pukul 12.30 tengah hari.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu akan menghadiri majlis perjumpaan bersama pengurusan tertinggi kementerian berkenaan dan mengadakan sesi 'clock-in', yang dijadual bermula pada pukul 1.30 tengah hari.
Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Hasan pula dijadual hadir ke majlis sambutan serta memulakan tugas sebagai menteri di Foyer Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur, pada pukul 2.30 petang.
Ketika dihubungi Bernama, beberapa menteri memaklumkan akan memulakan tugas rasmi selepas selesai mesyuarat khas Kabinet iaitu Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi yang dijadual mengadakan sesi 'clock-in' pada pukul 3.00 petang di Kementerian Kerja Raya, di Kuala Lumpur.
Selain itu, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick berkata mereka akan memulakan tugas rasmi di kementerian masing-masing, usai mesyuarat khas itu.
Pada Sabtu (3 Dis), dua Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan 25 menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di Kuala Lumpur.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.