Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

K Shanmugam tegaskan S'pura tidak raih manfaat daripada keadaan di Hong Kong

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam menyifatkan sebagai "cetek pemikiran" untuk beranggapan bahawa Singapura akan meraih manfaat daripada keadaan di Hong Kong. 

Anggaran Waktu Membaca:
K Shanmugam tegaskan S'pura tidak raih manfaat daripada keadaan di Hong Kong

Menteri Undang-undang, merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2019 11:06PM Dikemas Kini : 11 Aug 2019 11:09PM

HONG KONG: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam menyifatkan sebagai "cetek pemikiran" untuk beranggapan bahawa Singapura akan meraih manfaat daripada keadaan di Hong Kong.

Bercakap dalam wawancara dengan dua pertubuhan media, Encik Shan berkata Singapura sebaliknya meraih manfaat daripada kemantapan rantau ini.

Jika Hong Kong bertelagah dengan China, katanya, ia menjadi masalah "bagi semua" termasuk Singapura.

Encik Shan menekankan bahawa memandangkan Hong Kong adalah sebahagian daripada China, para pemimpin China mahu Hong Kong menyesuaikan diri dengan sistem politik China.

Beliau juga menyifatkan sebahagian penunjuk perasaan sebagai "berangan-angan" kerana berpendapat China akan membenarkan Hong Kong mempunyai sistem yang berbeza.

Para pemimpin China, tambah Encik Shan, akan menganggap hal itu sebagai menyasarkan pemerintahan Parti Komunis di China.

Beliau juga melihat bahawa keadaan di Hong Kong semakin tegar dan menambah bahawa ia memerlukan sikap tolak-ansur serta pendekatan jelas dalam menangani masalah politik dan sosio-ekonomi.

Namun Encik Shan menjelaskan bahawa masalah-masalah sedemikian hanya boleh diselesaikan dengan sokongan China dan huraiannya perlu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Beliau menambah penyelesaian-penyelesaiannya "tidak dapat dicari" jika gangguan di Hong Kong berterusan.

Encik Shanmugam juga mengkritik pertubuhan-pertubuhan berita antarabangsa kerana "analisis yang sangat cetek" dan terlibat dalam kerja "melabel" dalam bantahan-bantahan di Hong Kong. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan