Jutawan media antara 5 aktivis demokrasi Hong Kong dipenjara
Jutawan media Hong Kong, Jimmy Lai akan meringkuk di dalam penjara selama 14 bulan berhubung dua bantahan antipemerintah dalam tahun 2019.
Para aktivis di luar sebuah mahkamah Hong Kong pada 16 Apr 2021 semasa hukuman ke atas Jimmy Lai dijatuhkan (Gambar: AFP/Anthony Wallace)
HONG KONG: Jutawan media Hong Kong, Jimmy Lai akan meringkuk di dalam penjara selama 14 bulan berhubung dua bantahan antipemerintah dalam tahun 2019.
Lai pada Jumaat (16 Apr) dihukum penjara 12 bulan kerana menganjurkan rapat antipemerintah dan lapan bulan lagi kerana menyertai satu bantahan lain.
Sebahagian daripada tempoh hukuman itu berjalan serentak.
Peguam berusia 82 tahun, Martin Lee pula dihukum penjara 11 bulan tetapi pelaksanaan hukuman itu digantung. Lee digelar sebagai 'bapa demokrasi' Hong Kong.
Kes itu menarik perhatian ramai kerana ia melibatkan sembilan aktivis berprofil tinggi. Mereka didakwa di bawah undang-undang keselamatan nasional yang baru.
Negara-negara Barat membidas apa yang disebut sebagai penghakisan kebebasan bersuara di Hong Kong sejak undang-undang keselamatan nasional itu dikuatkuasakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.