Jutawan China ini duduki peperiksaan mencabar buat kali ke-27 untuk masuk universiti
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Handout)
BEIJING: Di antara berjuta-juta pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan kemasukan kolej yang digeruni atau lebih dikenali sebagai "gaokao" pada Rabu (7 Jun), seorang lelaki bernama Liang Shi kelihatan begitu menonjol sekali.
Dengan rambutnya yang beruban, Liang Shi menduduki peperiksaan itu buat kali ke-27.
Encik Liang, 56 tahun, bukan orang yang bodoh. Dia yang bergelar jutawan itu mula melakukan kerja-kerja kasar di sebuah kilang sehingga sekarang sudah berjaya membangunkan perniagaan bahan pembinaan sendiri.
Namun, hanya satu impian beliau yang masih belum dicapai, iaitu mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan gaokao itu untuk meneruskan pendidikannya di Universiti Sichuan - salah sebuah institusi unggul.
Untuk bersaing dengan hampir 13 juta pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan itu tahun ini, Encik Liang berkata beliau menjalani "kehidupannya seperti seorang sami yang berdisiplin" selama beberapa bulan. Beliau akan bangun tidur selepas subuh untuk membaca buku teks selama 12 jam sehari.
"Saya betul-betul ingin ke universiti dan menjadi seorang cendekiawan," Encik Liang memberitahu AFP.
Sepanjang empat abad yang lalu, penduduk Sichuan itu sudah menduduki peperiksaan gaokao sebanyak 26 kali namun gagal untuk meraih keputusan yang diperlukan supaya beliau dapat ke universiti pilihannya.
Bagi seorang pelajar, keputusan gaokao yang bagus dapat menentukan perjalanan hidup seorang, di mana mereka akan meraih ijazah daripada universiti yang akan memberikan mereka penghormatan, kedudukan dan peluang pekerjaan lebih baik.
Encik Liang menduduki peperiksaan itu buat pertama kali pada 1983, ketika beliau berusia 16 tahun.
Beliau terus mencuba untuk mendapatkan markah lebih tinggi selama sedekad seterusnya, sehingga beliau berputus asa pada 1992. Peperiksaan pada masa itu dihadkan kepada seseorang di bawah usia 25 tahun.
Sejurus selepas had itu ditarik balik pada 2001, keinginan Encik Liang untuk mendapatkan pendidikan kolej berprestij bangkit semula.
Sejak itu, beliau menduduki peperiksaan sebanyak 16 kali lagi, termasuk setiap tahun sejak 2010 dan apabila sekatan sifar COVID-19 yang ketat menyebabkan proses menduduki peperiksaan itu lebih mencabar.
Ramai warga siber mempersoalkan sama ada obsesinya adalah hanya untuk mendapatkan perhatian orang.
"Untuk apa saya lakukannya demi mendapat perhatian orang?" kata Encik Liang.
Encik Liang malah berseloroh, bahawa beliau terpaksa berhenti meminum minuman keras dan bermain mahjong semasa mempersiapkan dirinya bagi peperiksaan itu.
Apabila ditanya bagaimana beliau akan meraikan tamatnya peperiksaan itu pada hujung minggu ini, Encik Liang berkata beliau merancang untuk berseronok.
"Saya akan bermain mahjong bersama rakan-rakan saya selama tiga hari dan tiga malam."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.