Jutaan warga Indonesia mudik Hari Raya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: PT Jasa Marga melalui BERNAMA)
JAKARTA: Lebih 123 juta warga Indonesia dijangka melakukan mudik bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.
Ini berbanding 86 juta tahun lalu.
Demikian anggaran yang diberikan oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia.
Dengan langkah sekatan COVID-19 ditarik balik, mudik Lebaran kali ini juga dijangka yang paling sibuk selepas beberapa tahun di negara itu.
Beberapa syarikat pengendali khidmat bas menyatakan jumlah penumpang tahun ini naik sehingga 20 peratus.
Ini disebabkan orang ramai boleh melakukan perjalanan secara bebas mulai tahun ini selepas langkah-langkah sekatan COVID-19 dilonggarkan.
Menurut salah seorang pengendali khidmat bas, mereka menerima 100 hingga 200 penumpang setiap hari pada tahun lalu.
Namun, jumlah itu meningkat kepada lebih 200 setiap hari tahun ini.
Sekitar 18 juta orang pula dijangka mudik dari Jakarta dan kawasan Jakarta yang lebih luas.
Malah, para penumpang sudah mula membanjiri stesen-stesen kereta api untuk melakukan mudik.
Bagi menampung jumlah penumpang yang ramai, pihak berkuasa Jakarta memperuntukkan 70 kereta api setiap hari pada musim perayaan kali ini.

Sumber : CNA/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.