Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jutaan penduduk Ukraine diancam cuaca sejuk, kata WHO

Anggaran Waktu Membaca:
Jutaan penduduk Ukraine diancam cuaca sejuk, kata WHO

(Gambar: AFP/Bulent Kilic)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 07:44AM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 07:44AM
KYIV: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), memberi amaran pada Isnin (21 Nov) bahawa musim sejuk yang akan datang boleh mengancam nyawa jutaan penduduk Ukraine.

Ini memandangkan prasarana tenaga negara itu mengalami kerosakan besar akibat diserang tentera Rusia.

Mosko menyasarkan prasarana tenaga di negara itu, dengan melancarkan serangan peluru berpandu yang sekali gus menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Bercakap kepada media semasa melawat ibu kota Kyiv, Pengarah WHO bagi Eropah, Hans Kluge juga berkata pihaknya telah mencatatkan lebih 700 serangan ke atas kemudahan-kemudahan kesihatan di Ukraine sejak tentera Rusia menceroboh negara itu pada Februari tahun ini.

Sehingga tiga juta warga Ukraine mungkin akan meninggalkan tempat tinggal mereka untuk mendapatkan perlindungan daripada musim sejuk.

"Mereka akan menghadapi cabaran-cabaran kesihatan yang unik, termasuk jangkitan pernafasan seperti COVID-19, radang paru-paru, demam selesama, dan risiko difteria dan sakit campak yang serius, dalam kalangan penduduk yang belum mendapatkan suntikan vaksin," tambah beliau.

Menurutnya lagi, tindakan Mosko itu merupakan pencabulan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
 
Sumber : AFP/MU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa