Jutaan penduduk Filipina dalam bahaya taufan Mangkhut
Sekitar 10 juta rakyat Filipina berdepan dengan ancaman taufan Mangkhut yang dijangka membadai utara negara itu hujung minggu ini.
MANILA: Sekitar 10 juta rakyat Filipina berdepan dengan ancaman taufan Mangkhut yang dijangka membadai utara negara itu hujung minggu ini.
Taufan tersebut kini berada di laut Pasifik dengan kelajuan 255 kilometer sejam sebelum membadai juga Taiwan, Hongkong dan China. Mangkhut merupakan taufan paling kuat tahun ini dan dijangka menjejas kawasan dalam lingkungan 900 kilometer garis pusat.
Taufan kategori lima itu boleh menyebabkan banjir, tanah runtuh serta ombak besar di beberapa wilayah utara Filipina.
Pasukan bantuan kecemasan sudah dikerahkan ke pulau Luzon untuk melakukan persiapan bagi menghadapi badai kuat itu.
Hong Kong juga sedang membuat persiapan menghadapi taufan Mangkhut walaupun pakar-pakar cuaca belum pasti jika taufan tersebut akan melanda wilayah itu.
Setahun lalu, Hong Kong dipukul taufan kuat Hato, membunuh 10 orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.