Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jutaan jemaah khatam al-Quran di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Anggaran Waktu Membaca:
Jutaan jemaah khatam al-Quran di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

(Gambar fail: BERITAmediacorp)

MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Agama di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan selesainya majlis khatam al-Quran pada malam ke-28 Ramadan di kedua-dua masjid tersebut, lapor Saudi Gazette.

Agensi itu melaporkan persiapan menjelang malam itu meliputi pelbagai perkhidmatan termasuk bimbingan agama, sesi pembelajaran dan kawasan yang ditetapkan untuk menjawab pertanyaan.

Pihak kuasa menekankan peri pentingnya semua kakitangan keagamaan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan rancangan khusus pada malam itu.

Ia turut menekankan keperluan kerjasama rapat dengan semua organisasi berkaitan dalam Dua Masjid Suci itu, menurut laporan Saudi Gazette lagi.

Ini termasuk memanfaatkan teknologi, perkhidmatan penterjemahan, dan sumber lain untuk memberikan khidmat kepada jemaah, jemaah umrah, dan pelawat, sekali gus memudahkan cara mereka menunaikan ibadah.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan