Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Juruterbang warga Hong Kong ditemui, disahkan maut, kata Ketua Polis Perak

Anggaran Waktu Membaca:
Juruterbang warga Hong Kong ditemui, disahkan maut, kata Ketua Polis Perak

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Sep 2022 01:03PM Dikemas Kini : 12 Sep 2022 01:04PM
BIDOR: Juruterbang yang ditemui selepas dilaporkan hilang bersama dengan sebuah helikopter di kawasan hutan pada Ahad (11 Sep), disahkan meninggal dunia.

Mayat Tsz Kin Richard Chan, 58 tahun, seorang warga Hong Kong dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dari kawasan Hutan Simpan Chikus sekitar pukul 10.12 pagi, lapor Bernama.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ditemukan dalam kokpit helikopter terbabit.

Tambah Encik Mohd Yusri lagi, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkenaan penemuan bangkai helikopter yang terhempas di hutan berkenaan.

Sementara itu Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata bahawa pasukan penyelamat sedang berusaha membawa keluar juruterbang ke Hospital Ipoh, dipetik laporan Bernama.

"Setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan semua yang terlibat di dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya dalam catatan menerusi akaun Facebook miliknya pada Isnin (12 Sep).
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan