Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Juruterbang tidak keruan; penumpang ambil alih daratkan pesawat

Seorang penumpang yang tidak mempunyai pengalaman mengemudi kapal terbang berjaya mendaratkan sebuah pesawat kecil di lapangan terbang Florida pada Selasa (10 Mei) selepas juruterbangnya dinilai sebagai "dalam keadaan tidak keruan" dek kecemasan perubatan.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang yang tidak mempunyai pengalaman mengemudi kapal terbang berjaya mendaratkan sebuah pesawat kecil di lapangan terbang Florida pada Selasa (10 Mei) selepas juruterbangnya dinilai sebagai "dalam keadaan tidak keruan" dek kecemasan perubatan.

Penumpang dalam pesawat enjin tunggal Cessna 208, bergantung kepada panduan pengawal trafik udara yang untuk mendaratkan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach iaitu sekitar 110 kilometer dari utara Miami. Demikian dilaporkan AFP yang menukil saluran berita NBC.

Menurut saluran berita itu, pegawai di Fort Pierce, utara Palm Beach, menerima satu panggilan kecemasan sekitar tengah hari Selasa lalu daripada penumpang tersebut yang mengatakan, "Saya berdepan satu masalah serius di sini."

“Juruterbang saya dalam keadaan tidak keruan. Saya tidak ada pengetahuan langsung cara bagaimana untuk terbangkan pesawat."

Apabila ditanya tentang lokasi pesawat tersebut, penumpang itu menjawab, "Saya tidak pasti" tetapi beliau dapat melihat garis pantai Florida.

“Kekalkan paras sayap dan cuba sedaya upaya untuk mengikut pantai itu, sama ada menghala ke arah utara atau selatan," kata pegawai lalu lintas udara itu kepada penumpang tersebut sambil memberi jaminan bahawa pihaknya sedang cuba menjejaki lokasi pesawat tersebut.

Pengawal trafik udara Robert Morgan berkata pengalamannya sebagai seorang jurulatih penerbangan membantu beliau untuk memberi panduan kepada penumpang itu - yang namanya tidak didedahkan - untuk mendaratkan pesawat.

“Beliau sangat tenang, beliau cuma berkata 'saya tidak tahu bagaimana untuk terbang pesawat, saya tidak tahu bagaimana untuk menghentikannya sekiranya saya berjaya mendarat di landasan," kata Encik Morgan kepada CNN.

Keadaan juruterbang itu mahupun jenis kecemasan perubatan yang dialaminya tidak didedahkan tetapi Pasukan Bomba Palm Beach menyatakan seorang pesakit dibawa ke hospital sejurus pesawat tersebut mendarat.
 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan