Skip to main content

Dunia

Jurutera SG rugi RM1.9 juta terpedaya pelaburan palsu

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Seorang jurutera warga Singapura mengalami kerugian RM1.9 juta setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, aduan polis dibuat oleh lelaki berusia 64 tahun itu pada Khamis lalu setelah menyedari ditipu apabila sindiket tersebut tidak lagi dapat dihubungi.

Beliau berkata, pada mulanya warga emas itu melihat iklan pelaburan tersebut di laman Facebook pada Disember lalu dan menekan pautan yang diberikan sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan WhatsApp.

"Tertarik janji keuntungan lima hingga 12 peratus, warga emas itu mengikut arahan suspek dan memuat naik aplikasi diminta bagi tujuan pendaftaran dan memantau pelaburan serta keuntungan," katanya dalam kenyataan hari ini (19 Okt).

Encik Kumar berkata, jurutera itu mula melabur pada Februari lalu dengan membuat pembayaran secara online ke akaun bank di Malaysia sebagaimana yang diarahkan dengan jumlah keseluruhan RM1.94 juta, dan hanya menyedari tertipu selepas dia gagal mengeluarkan wang daripada keuntungannya.

"Lelaki itu turut diarahkan membuat pelbagai bayaran lain termasuk cukai sekiranya mahu mendapatkan semula modal yang dilaburkan. Suspek kemudian gagal dihubungi, dan kes disiasat di bawah Seksyen 420/411 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita