Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jurutera rugi RM70,000 ditipu sindiket Macau

Seorang jurutera elektronik kerugian RM70,000 (S$23,000) selepas ditipu sindiket Macau yang menghubungi lelaki itu dan mendakwa mangsa tidak membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) serta beberapa jenayah lain semalam (5 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Jurutera rugi RM70,000 ditipu sindiket Macau

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 06 Nov 2018 03:33PM Dikemas Kini : 06 Nov 2018 03:35PM

BALIK PULAU: Seorang jurutera elektronik kerugian RM70,000 (S$23,000) selepas ditipu sindiket Macau yang menghubungi lelaki itu dan mendakwa mangsa tidak membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) serta beberapa jenayah lain semalam (5 Nov).

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata mangsa berusia 31 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang wanita mendakwa dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memaklumkan lelaki berkenaan melakukan kesalahan kerana tidak membayar GST.

"Dalam kejadian jam 4.00 petang itu, mangsa berada di Bayan Lepas, ketika menerima panggilan telefon berkenaan dan seterusnya lelaki tersebut disambungkan kepada talian yang kononnya dari Balai Polis Ipoh, Perak, untuk membuat semakan rekod.

"Pihak balai polis itu memaklumkan mangsa terlibat dengan satu skim cepat kaya dan beberapa kesalahan membabitkan sebuah syarikat beralamat di Ipoh, Perak, yang didaftarkan atas nama jurutera berkenaan," katanya pada Selasa (6 Nov).

Beliau berkata mangsa pada mulanya tidak mempedulikan panggilan berkenaan namun pada jam 5.30 petang, lelaki itu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan individu yang mengaku sebagai Sarjan Lim menghantar ‘surat pembekuan aset’ atas nama jurutera tersebut, mengakibatkan beliau panik.

Encik Anbalagan berkata ‘Sarjan Lim’ kemudian memberitahu lelaki itu semakan semua butiran pengadu mendapati mangsa turut terlibat dengan kes lain iaitu dadah serta pengubahan wang haram.

Katanya suspek meminta nombor akaun mangsa serta kata laluan untuk memindahkan wang bagi mengelak daripada dibeku oleh Bank Negara dan lelaki yang mengaku polis itu memindahkan sebanyak RM30,000 (S$10,000) milik jurutera tersebut ke satu akaun.

Beliau berkata lelaki itu hanya menyedari dia ditipu selepas gagal menghubungi ‘Sarjan Lim’ dan kemudiannya membuat aduan polis.

"Polis sentiasa mengingatkan orang ramai agar tidak memberikan sebarang maklumat bank kepada mana-mana pihak yang selalunya menggunakan nama agensi-agensi penguatkuasa untuk menipu namun masih ada yang ditipu. Saya menasihatkan masyarakat agar lebih berhati-hati," katanya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan