Jurutera Jerman pengguna kerusi roda pertama ke angkasa lepas
Anggaran Waktu Membaca:
TEXAS: Seorang jurutera dari Jerman, Michaela Benthaus, mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama yang menggunakan kerusi roda berjaya ke angkasa lepas, menerusi misi pelancaran syarikat angkasa milik Jeff Bezos, Blue Origin.
Benthaus, 33 tahun, yang mengalami lumpuh separa akibat kemalangan berbasikal tujuh tahun lalu, menyertai lima lagi penumpang dalam penerbangan suborbital kapsul New Shepard dari tapak pelancaran Blue Origin di Texas, lapor Astro AWANI.
Dalam penerbangan selama kira-kira 10 minit itu, beliau meninggalkan kerusi rodanya dan menikmati pengalaman terapung dalam keadaan graviti sifar sambil menyaksikan pemandangan Bumi dari angkasa.
“Saya ketawa sepanjang perjalanan naik ke angkasa dan cuba berpusing terbalik. Ia pengalaman paling hebat,” kata Benthaus yang juga jurutera aeroangkasa dan mekatronik di Agensi Angkasa Eropah (ESA).
Penerbangan bersejarah itu turut disertai oleh Hans Koenigsmann, bekas eksekutif kanan SpaceX yang juga berasal dari Jerman.
Beliau membantu menaja penyertaan Benthaus dalam misi ini bersama Blue Origin.
Kapsul New Shepard diubah suai bagi memastikan aksesibiliti kepada penumpang kurang upaya.
Benthaus berharap pencapaiannya itu akan dapat membuka jalan kepada lebih ramai individu kurang upaya untuk terlibat dalam penerokaan angkasa dan pada masa yang sama meningkatkan kesedaran tentang keperluan aksesibiliti di Bumi.
“Saya tidak pernah menyangka penerbangan ke angkasa boleh menjadi satu pilihan sebenar buat saya. Dunia kita masih belum cukup inklusif,” katanya sebelum pelancaran misi tersebut.
Misi tersebut menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha menjadikan angkasa lepas lebih inklusif dan memperluaskan peluang kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira keupayaan fizikal mereka.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.