Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jururawat Korea Selatan dipenjara, jatuhkan bayi baru lahir sehingga otak alami kerosakan kekal

Kejadian berlaku di unit neonatal sebuah hospital di Busan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jururawat Korea Selatan dipenjara, jatuhkan bayi baru lahir sehingga otak alami kerosakan kekal

Gambar hiasan seorang bayi. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 22 Jul 2022 05:12PM Dikemas Kini : 22 Jul 2022 05:22PM
BUSAN: Seorang jururawat dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada Jumaat atas kesalahan menjatuhkan seorang bayi baru lahir pada 2019, yang mengakibatkan kerosakan kekal pada otak. 

Mahkamah Daerah Busan mendapati jururawat itu, yang identitinya dirahsiakan, bersalah kerana cuai ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan kecederaan kepada bayi perempuan berusia lima hari.

Kejadian berlaku di unit neonatal sebuah hospital di Busan, menurut Agensi Berita Yonhap.

Kemarahan orang ramai tercetus selepas rakaman kamera pengawasan menunjukkan jururawat itu secara fizikal mendera sejumlah 14 bayi baru lahir, termasuk bayi perempuan itu, dengan menggoncang dan memegang secara terbalik dan menjatuhkan mereka.

Jururawat itu juga didapati bersalah mendera kanak-kanak. 

"Rakaman menunjukkan defendan memegang bayi yang baru lahir itu dalam keadaan terbalik, mengakibatkan bayi itu jatuh terlentang," menurut mahkamah.

Bukti turut menunjukkan bayi itu mengalami kecederaan semasa jururawat itu bertugas.

Berikutan keputusan itu, jururawat tersebut yang sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin sudahpun dipenjarakan.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan