Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jururawat Britain adakan mogok buat kali pertama, pertikaikan kenaikan gaji

Anggaran Waktu Membaca:
Jururawat Britain adakan mogok buat kali pertama, pertikaikan kenaikan gaji

Gambar: Mark Kerrison/In Pictures/Getty Images

Diterbitkan : 15 Dec 2022 01:46PM Dikemas Kini : 15 Dec 2022 01:51PM
LONDON: Jururawat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Britain akan mengadakan mogok hari ini buat pertama kalinya disebabkan pertikaian berhubung kenaikan gaji.

Ia sekali gus memburukkan lagi keadaan membebankan di hospital serta menambah tekanan ke atas Perdana Menteri, Rishi Sunak dalam menangani gelombang kemelut industri yang melanda negara itu.

Dianggarkan mogok itu melibatkan 100,000 jururawat di 76 hospital dan pusat kesihatan, memaksa beribu-ribu pembedahan tidak mendesak dibatalkan.

Turut dibatalkan ialah puluhan ribu janji temu pesakit luar di NHS yang dibiayai kerajaan Britain.

Pihak kesatuan menuntut kenaikan gaji sebanyak dua digit, sejajar dengan keadaan inflasi yang mencecah lebih 10 peratus. Namun, setakat ini, pihak majikan enggan berganjak daripada tawaran gaji sekitar 4 peratus.

"Perbuatan sebilangan ahli kesatuan sekerja untuk meneruskan tindakan mogok mengecewakan," kata menteri kesihatan Steve Barclay.

"Saya bekerjasama dengan pelbagai pejabat dalam kerajaan dan dengan medik di luar sektor awam untuk memastikan tahap kakitangan yang selamat - tetapi saya tetap bimbang tentang risiko yang ditimbulkan oleh tindakan mogok itu kepada pesakit."

Tindakan jururawat itu merupakan kali pertama mogok nasional diadakan dalam sejarah Royal College of Nursing selama 106 tahun, yang menyatakan ia tiada pilihan kerana pekerja bergelut untuk menyara hidup mereka.
 
Sumber : Reuters/LL/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan