Skip to main content

Dunia

Jurulatih veteran balapan bebas tuduhan cabul kehormatan atlit pada 2013 selepas rayuan

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih veteran balapan bebas tuduhan cabul kehormatan atlit pada 2013 selepas rayuan

Gambar fail Loh Siang Piow. (Gambar: TODAY/Najeer Yusof)

SINGAPURA: Seorang jurulatih balapan veteran yang dijatuhi hukuman penjara 21 bulan pada 2020 kerana mencabul kehormatan seorang atlit pada 2013, dibebaskan daripada kedua-dua tuduhan selepas mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

Encik Loh Siang Piow, 79 tahun, yang juga dikenali sebagai Loh Chan Pew, dibebaskan daripada kedua-dua tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap atlit remaja berusia 18 tahun ketika itu di Stadium Tampines untuk mencabul kehormatannya.
Dalam satu penghakiman pada Khamis (30 Mac), Hakim Hoo Sheau Peng berkata pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan tidak terdapat keraguan munasabah dalam kes tersebut.

Remaja yang didakwa menjadi mangsa kejadian itu, yang hanya dinamakan sebagai Cik C, adalah satu-satunya saksi dalam kes tersebut dan keterangannya perlu meyakinkan bagi mensabitkan tududan.

Hakim Hoo berkata bahawa terdapat "keraguan yang serius terhadap dakwaan Cik C".

Cik C merupakan atlit peringkat kebangsaan ketika itu. Dia memulakan latihan secara intensif pada awal 2013 dan dilatih oleh Loh, yang juga melatih atlit dari beberapa sekolah, termasuk sebuah maktab rendah dan sebuah universiti.

Menurut Cik C, Encik Loh mencabul kehormatannya ketika dia kononnya sedang mengurutnya selepas sesi latihan secara perseorangan pada 24 Februari dan 15 Mac 2013.

Hakim Hoo menarik perhatian bahawa sudah menjadi satu kelaziman dalam masyarakat atletik bagu jurulatih untuk memberi mengurut peltih selepas latihan intensif.

Menurutnya mesej Cik C mengandungi butiran yang tidak konsisten dengan versinya di mahkamah mengenai insiden tersebut. Cik C juga didapati "membesar-besarkan" beberapa aspek insiden tersebut.

"Malah, di mahkamah, keterangannya di mana dia disentuh juga tidak jelas, dan keterangannya di mana dia didakwa mengalami orgasme secara tidak sengaja daripada pencabulan tubuhnya seakan satu kiasan semata-mata," kata Hakim Hoo.

LAPORAN AKHBAR

Hakim juga berkata Cik C membuat laporan polis pada Jun 2016, setelah membaca sebuah laporan akhbar mengenai seorang jurulatih yang dituduh melakukan kesalahan mencabul kehormatan.

Menyangka bahawa pesalah tersebut mungkin ialah Encik Loh, dia memutuskan untuk membuat aduan polis kerana khuatir bahawa pelatih lain yang baru mungkin melalui pengalaman pahit sepertinya ketika berlatih di bawah Encik Loh.

Laporan akhbar tersebut bagaimanapun melibatkan seorang jurulatih lain.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita