Skip to main content

Dunia

Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam nahas bot Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam nahas bot Indonesia
Pasukan penyelamat berlepas menaiki bot selepas sebuah bot yang membawa beberapa orang tenggelam di perairan luar pesisir Indonesia dalam cuaca ekstrem, menurut pihak berkuasa Sepanyol dan sebuah agensi berita Indonesia. Labuan Bajo, Indonesia, 27 Disember. (Gambar: Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS)/handout via  REUTERS)
Diterbitkan : 28 Dec 2025 12:28PM Dikemas Kini : 28 Dec 2025 12:39PM
  • Fernando Martin, seorang jurulatih bersama pasukan bola sepak Valencia CF, terkorban bersama tiga anggota keluarganya selepas bot yang dinaiki karam di Indonesia, menurut kelab-kelab bola sepak Sepanyol.
  • Valencia menyatakan pihaknya "sangat berdukacita atas pemergian Fernando Martin, jurulatih Valencia CF Femenino B, dan tiga orang anaknya, dalam nahas bot tragik di Indonesia, seperti disahkan oleh pihak berkuasa tempatan".
  • Pihak berkuasa Indonesia dan Sepanyol menyatakan pada Sabtu (27 Dis) bahawa Fernando Martin dan tiga orang anaknya dilaporkan hilang selepas bot yang membawa 11 orang karam dalam cuaca ekstrem pada Jumaat (26 Dis) di Selat Pulau Padar berhampiran pulau Labuan Bajo yang merupakan tempat pelancongan popular.
  • Isterinya dan seorang anak perempuannya, serta empat anak kapal dan seorang pemandu pelancong diselamatkan dan berada dalam keadaan selamat, menurut SAR dalam satu kenyataan.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Fernando Martin, seorang jurulatih bersama pasukan bola sepak Valencia CF, terkorban bersama tiga anggota keluarganya selepas bot yang dinaiki karam di Indonesia, menurut kelab-kelab bola sepak Sepanyol.

Valencia menyatakan pihaknya "sangat berdukacita atas pemergian Fernando Martin, jurulatih Valencia CF Femenino B, dan tiga orang anaknya, dalam nahas bot tragik di Indonesia, seperti disahkan oleh pihak berkuasa tempatan".

Pihak berkuasa Indonesia dan Sepanyol menyatakan pada Sabtu (27 Dis) bahawa Martin dan tiga orang anaknya dilaporkan hilang selepas bot yang membawa 11 orang karam dalam cuaca ekstrem pada Jumaat (26 Dis) di Selat Pulau Padar berhampiran pulau Labuan Bajo yang merupakan tempat pelancongan popular.

Pencarian diteruskan pada pagi Ahad, kata penyelaras misi bagi badan nasional pencarian dan pertolongan (BASARNAS) Indonesia, Fathur Rahman, kepada Reuters.

Real Madrid CF juga mengutuskan takziah bagi Martin, 44 tahun, seorang bekas pemain bola sepak Sepanyol peringkat kedua yang dilantik sebagai jurulatih pasukan B Wanita Valencia tahun ini.

Isterinya dan seorang anak perempuannya, serta empat anak kapal dan seorang pemandu pelancong diselamatkan dan berada dalam keadaan selamat, menurut SAR dalam satu kenyataan.
Sumber : Agensi berita//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita