Jurulatih penerbangan maut; seorang lagi cedera selepas pesawat ringan terhempas di Ipoh
Seorang saksi melihat sebuah pesawat ringan terbang pada paras rendah lalu terhempas melanggar tiang lampu berhampiran kunci air.
Anggaran Waktu Membaca:
IPOH: Seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng pada Isnin malam (1 Ogos).
Mangsa yang maut ialah Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor manakala mangsa yang cedera ialah Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira 8.10 malam dan siasatan awal mendapati kedua-dua jurulatih penerbangan berlepas dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran.
"Mereka dipercayai menaiki pesawat jenis Piper 28 dan cuaca adalah baik ketika kejadian.
"Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan membuat siasatan untuk mengetahui punca kejadian," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi tindakan lanjut.
Difahamkan, pihak syarikat penerbangan BATS Aviation sudah menghubungi keluarga mangsa terlibat bagi memaklumkan kejadian.
Seorang saksi yang tinggal berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng malam tadi terkejut apabila mendengar bunyi aneh sebelum melihat sebuah pesawat terbang pada paras rendah.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 41, berkata dia yang baru selesai mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran melihat pesawat itu melanggar tiang lampu berhampiran kunci air.
“Pesawat tersebut dilihat terbang pada paras rendah lalu terhempas melanggar tiang tersebut. Susulan daripada itu saya membuat pusingan U dan pergi melihat keadaan pesawat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, penduduk sebuah rumah berhampiran yang hanya dikenali sebagai Haizad berusia 22 tahun berkata dia terdengar bunyi hentaman yang kuat ketika sedang berada di rumah ketika kejadian sekitar 7.00 malam.
"Saya tidak terus keluar ke rumah kerana menyangkakan kemalangan biasa sehinggalah kawan saya memaklumkan melalui WhatsApp berkenaan ada pesawat terhempas selepas melihat gambar barulah sedar kejadian sangat dekat dengan rumah," katanya.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.