Skip to main content

Dunia

Jurukamera CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak

Anggaran Waktu Membaca:
Jurukamera CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak

(Gambar: Facebook/Singapore High Commission in KL and Consulate-General in JB)

Diterbitkan : 05 Jun 2023 07:49AM Dikemas Kini : 05 Jun 2023 05:15PM

BENTONG: Petugas media Channel News Asia (CNA), Khairul Azman Zainuddin, 45 tahun, yang menunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 43, Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur di Bentong pada pukul 12.00 tengah hari pada Ahad (4 Jun).

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan awal polis mendapati sebelum kejadian itu berlaku, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan, lapor Astro Awani.

"Mangsa tercampak ke seberang jalan dan dilanggar oleh sebuah motosikal lain dari arah Kuala Lumpur yang ditunggangi seorang lelaki berusia 46 tahun yang tidak sempat mengelak apabila tiba di tempat kejadian."

"Mangsa, Khairul Azman Zainuddin, disahkan oleh petugas perubatan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan di Bentong pada Ahad.

Menurut Encik Zaiham, penunggang sebuah motosikal lagi hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Bentong, seperti dipetik laporan Astro Awani.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya.

Encik Zaiham juga meminta semua pemandu kenderaan dan penunggang motosikal supaya lebih berhemah dan berhati-hati, manakala kenderaan masing-masing perlu diselenggara dengan baik.

"Saksi yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerusi talian 09-2222222 untuk membantu siasatan selanjutnya.

Dalam pada itu, Mediacorp turut meluahkan rasa sedih yang mendalam atas pemergian Allahyarham Khairul.

"Beliau seorang jurukamera di Biro Kuala Lumpur CNA dan sudah bekerja dengan Mediacorp selama lima tahun.

"Beliau seorang pekerja berdedikasi yang memainkan peranan penting di Biro itu dan terlibat dalam beberapa penerbitan yang mendapat pengiktirafan," menurut jurucakap Mediacorp.

Pihak Mediacorp juga sudahpun menghubungi keluarga Allahyarham untuk mengutuskan takziah dan menghulurkan bantuan.

READER
5719903043
1

]]>
>]]>

"Kami juga sedang menghulurkan sokongan kepada para kakitangan kami yang terjejas atas pemergian yang tragis ini," jelas jurucakap tersebut.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita