Jurugambar hampir dilanggar traktor ketika merakam insiden kemalangan
Sekumpulan kakitangan media hampir dilanggar traktor ketika sedang beliau membuat liputan kemalangan di sebatang lebuh raya semalam (27 Dis).

Petikan skrin video yang menunjukkan polis hampir dilanggar traktor.
LUBBOCK, TEXAS: Sekumpulan kakitangan media hampir dilanggar traktor ketika sedang beliau membuat liputan kemalangan di sebatang lebuh raya semalam (27 Dis).
Sedang jurukamera dari agensi berita tempatan KCBD merakam kemalangan di tempat kejadian, tanpa diduga-duga, sebuah traktor terbabas dan begitu hampir melanggarnya.
Pemandu traktor itu dipercayai hilang kawalan kenderaan akibat kabus tebal lantas melanggar kenderaan-kenderaan yang terbabit dalam kemalangan awal sebelum itu.
Meskipun jurukamera itu selamat, seorang pegawai polis dan seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Kedua-duanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan ditutup menyusuli kemalangan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.