Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Junta Myanmar tolak rundingan antara ASEAN dengan NUG

Anggaran Waktu Membaca:
Junta Myanmar tolak rundingan antara ASEAN dengan NUG

Panglima angkatan bersenjata Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing semasa menyampaikan ucapan di Moskow, Rusia pada 23 Jun 2021 (Gambar fail: Alexander Zemlianichenko/Pool via REUTERS)

MYANMAR: Pemerintah tentera Myanmar dilaporkan menolak permintaan ASEAN untuk mengadakan rundingan dengan kumpulan penentangnya, Pemerintah Perpaduan Nasional (NUG).

Kemboja, sebagai Pengerusi ASEAN, telah juga menggesa pihak tentera itu agar membenarkan Utusan Khas pertubuhan serantau itu untuk bertemu dengan pemimpin pemerintah awam yang disingkirkan, Aung San Suu Kyi.

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen menyampaikan permintaan tersebut semasa sidang video dengan ketua junta tentera Jeneral Min Aung Hlaing.

Dalam perbualan menerusi video itu, PM Hun Sen turut meminta tentera Myanmar agar membantu melancarkan kiriman bantuan kemanusiaan di negara itu lebih-lebih lagi ke kawasan-kawasan konflik utama.

Utusan Khas ASEAN Prak Sokhonn dijangka melakukan satu lagi lawatan ke Myanmar menjelang akhir bulan ini.

Sementara itu, tentera Myanmar telah mengenakan dua lagi tuduhan rasuah terhadap Cik Suu Kyi.

Dua tuduhan terbaru itu dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan yang didakwa memberi sogokan AS$500,000 (S$691,417.50) kepada Cik Suu Kyi.

Pada beberapa hari lalu Cik Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah menerima rasuah dari bekas Ketua Menteri Yangon.
 

Sumber : Agensi berita/ZM/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan