Skip to main content

Dunia

Junta Myanmar tolak permintaan utusan khas ASEAN bertemu kumpulan 'pengganas'

Pemerintah tentera Myanmar menolak permintaan supaya utusan khas ASEAN ke negara yang dilanda konflik itu bertemu dengan kumpulan yang menentang rampasan kuasa tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Junta Myanmar tolak permintaan utusan khas ASEAN bertemu kumpulan 'pengganas'

Gambar: Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur

YANGON: Pemerintah tentera Myanmar menolak permintaan supaya utusan khas ASEAN ke negara yang dilanda konflik itu bertemu dengan kumpulan yang menentang rampasan kuasa tahun lalu.

Junta tentera menyifatkan mereka sebagai kumpulan 'pengganas'.

ASEAN menegaskan adalah penting bagi utusannya bertemu semua pihak berkepentingan di Myanmar bagi menghuraikan krisis di negara itu menyusuli rampasan kuasa tentera.

Dalam pada itu junta tentera dijangka menggantikan tempat bekas pemimpin pemerintah awam, Aung San Suu Kyi di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kes penghapusan kaum Rohingya.

Cik Suu Kyi mewakili Myanmar apabila kes itu pertama kali dibicarakan sebelum beliau disingkirkan apabila tentera Myanmar merampas kuasa setahun lalu.

Junta tentera telah melantik satu pasukan lapan anggota termasuk Peguam Negara, Thida Oo untuk berhujah bagi pihak Myanmar.

Mereka dijangka menegaskan bahawa ICJ tidak mempunyai bidang kuasa undang-undang untuk mengadili kes tersebut.

Kumpulan-kumpulan penentang bimbang sekiranya tentera Myanmar dibenarkan mewakili negara itu dalam kes tersebut ia seolah-olah mengiktiraf pihak junta.

Kes yang dikemukakan Gambia itu menuduh tentera Myanmar melakukan jenayah penghapusan kaum Rohingya.

Ia berkaitan dengan tindakan kekerasan pihak tentera terhadap kaum itu pada 2017.

Pada Januari tahun 2020, ICJ mengeluarkan arahan terhadap Myanmar agar mengambil semua langkah untuk mengelakkan berlakunya apa yang didakwa sebagai penghapusan kaum Rohingya.

Sumber : Agensi berita/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita