Junta Myanmar lanjutkan perintah darurat 6 bulan lagi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
NAYPYIDAW: Junta tentera Myanmar telah melanjutkan perintah darurat di negara itu selama enam bulan lagi, lapor media tempatan di Myanmar pada Jumaat (31 Jan).
Ia dilakukan sehari sebelum ulang tahun ke-4 rampasan kuasa yang menyebabkan Myanmar terjerumus ke dalam keadaan huru hara.
Di bawah keadaan darurat, pilihan raya tidak boleh diadakan.
Bermakna, pilihan raya umum yang dijanjikan pihak junta tentera akan diadakan tahun ini, tidak akan diadakan pada suku pertama tahun ini.
Majlis tentera yang memerintah di bawah ketua tentera Min Aung Hlaing menyatakan keamanan dan kemantapan masih diperlukan sebelum keadaan darurat ditarik balik dan pilihan raya diadakan.

Sumber : Reuters/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.