Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Junta Myanmar lanjutkan darurat enam bulan lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Junta Myanmar lanjutkan darurat enam bulan lagi

Panglima Tertinggi Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing. (Gambar fail: AP Photo)

YANGON: Junta tentera Myanmar melanjutkan perintah darurat di negara tersebut selama enam bulan lagi.

Demikian menurut pemangku Presiden di sebuah mesyuarat kepimpinan yang disiarkan di televisyen negara pada Rabu (1 Feb), sedang penunjuk perasaan mengadakan "bantahan senyap" sempena memperingati dua tahun berlakunya rampasan kuasa tentera berkenaan.
Ketua junta Jeneral Min Aung Hlaing, dalam satu mesyuarat pada Selasa dengan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara yang disokong tentera, juga berkata pilihan raya berbilang parti mesti diadakan "sebagaimana yang diinginkan penduduk".

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang perincian mengenai garis masa bagi pilihan raya tersebut, yang tidak boleh diadakan semasa perintah darurat. Para pengkritik menarik perhatian bahawa sebarang pilihan raya yang diadakan, berkemungkinan besar merupakan kepura-puraan semata-mata yang bertujuan untuk membolehkan tentera mengekalkan kuasa di negara tersebut.

"Walaupun mengikut seksyen 425 perlembagaan, (perintah darurat) hanya boleh dikeluarkan dua kali, keadaan sekarang dalam keadaan yang luar dan ia adalah wajar untuk melanjutkan (perintah darurat itu) sekali lagi selama enam bulan," ujar pemangku Presiden Myint Swe semasa mesyuarat tersebut yang disiarkan MRTV.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan