Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Junta Myanmar kuat kuasa undang-undang tentera di beberapa kawasan merata negara

Anggaran Waktu Membaca:
Junta Myanmar kuat kuasa undang-undang tentera di beberapa kawasan merata negara

Myint Swe, pemangku Presiden tentera pemerintah, menghadiri mesyuarat Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara pada 31 Jan 2023, di Naypyitaw, Myanmar. (Gambar: The Military True News Information Team via AP)

BANGKOK: Pemerintah tentera Myanmar menguatkuasakan undang-undang tentera di 37 kawasan perbandaran di lapan wilayah di mana pertempuran dengan kumpulan-kumpulan penentang, semakin hebat sejak beberapa bulan lalu.

Langkah itu dilakukan pada Khamis (2 Feb), hanya sehari selepas junta tentera melanjutkan tempoh keadaan darurat seluruh negara selama enam bulan lagi.

37 kawasan yang dikenakan undang-undang tentera termasuk di wilayah-wilayah Chin, Sagaing dan Mon.
Jutaan penduduk di 37 kawasan perbandaran itu perlu mematuhi peraturan ketat dan perintah berkurung waktu malam ,di samping menghadapi lebih banyak pemeriksaan oleh pihak tentera.

Satu kenyataan Majlis Pentadbiran Negara menyatakan lima panglima tentera diberi kuasa mutlak untuk mentadbir 37 kawasan berkenaan.

Menurut majlis itu, undang-undang tentera perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

Namun kumpulan pembangkang utama, NUG menyifatkannya sebagai helah pihak tentera untuk melakukan lebih banyak pembunuhan dan kekejaman terhadap orang ramai.
 
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan