Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Junta Myanmar import senjata bernilai AS$1 bilion sejak rampasan kuasa, menurut laporan PBB

Anggaran Waktu Membaca:
VIENNA: Junta tentera Myanmar, yang merampas kuasa pada awal 2021, mengimport senjata api asing dan bahan pembuatan senjata bernilai sekurang-kurangnya AS$1 bilion (S$1.34 bilion), menurut laporan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Demikian lapor agensi berita Jerman (dpa).

Laporan Majlis Hak Asasi Manusia PBB oleh Pelapor Khas Tom Andrew menamakan Rusia dan China sebagai pembekal terbesar senjata kepada junta itu.

Sejak rampasan kuasa dan penyingkiran pemimpin Aung San Suu Kyi, tentera memerintah Myanmar secara kuku besi. Penentangan kumpulan bersenjata di kebanyakan wilayah ditangani menerusi penangkapan besar-besaran dan serangan udara.

Laporan itu memetik eksport dari Rusia berjumlah AS$406 juta (S$544 juta), diikuti oleh China sebanyak AS$267 juta (S$358 juta), Singapura sebanyak AS$254 juta (S$340 juta), India sebanyak AS$51 juta (S$68 juta) dan Thailand AS$28 juta (S$37 juta).

Encik Andrews menuduh negara-negara itu "sama ada bersubahat secara langsung atau penguatkuasaan sekatan yang longgar dan pengharaman senjata dan teknologi dua kegunaan ke Myanmar," yang dahulunya dikenali sebagai Burma.

Laporan itu berdasarkan data syarikat dan perdagangan serta "maklumat yang sangat boleh dipercayai dan terperinci daripada sumber dirahsiakan," yang tidak dinamakan atas sebab keselamatan.

Majlis Keselamatan PBB belum lagi mengenakan sebarang sekatan antarabangsa untuk menghentikan eksport itu. Encik Andrews menggesa agar sekatan senjata sepenuhnya dan sekatan ke atas syarikat minyak dan gas milik pemerintah Myanmar, yang menurut laporan itu digunakan untuk membiayai pembelian senjata.
Sumber : Bernama//HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan