Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Junta Myanmar dijemput hadir sidang ASEAN jika ada kemajuan - PM Kemboja

Anggaran Waktu Membaca:
Junta Myanmar dijemput hadir sidang ASEAN jika ada kemajuan - PM Kemboja

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen (kiri) bertemu dengan ketua junta Myanmar Min Aung Hlaing (kanan) semasa satu jamuan malam di Napyidaw. (Gambar: AFP PHOTO / National Television of Cambodia (TVK)/AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2022 09:17PM Dikemas Kini : 25 Jan 2022 09:18PM

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Hun Sen akan bertemu dengan ketua junta Myanmar Min Aung Hlaing melalui satu panggilan video pada Rabu (26 Jan), lapor Reuters.

Ini merupakan kali kedua mereka akan bertemu pada bulan Januari selepas PM Hun Sen bertemu dengan Jeneral Min ketika lawatan ke ibu kota Naypyitaw pada awal bulan Januari.

Encik Hun Sen juga menjemput Jeneral Min untuk menghadiri satu sidang puncak ASEAN dengan syarat mesti ada kemajuan dalam konsensus lima perkara yang dipersetujui pada tahun 2021.

Jika beliau tidak menepati syarat, Myanmar harus menghantar wakil bukan politik ke mesyuarat ASEAN tersebut.

Myanmar sebelum ini dilarang menghadiri mesyuarat ASEAN kerana gagal melaksanakan konsensus tersebut yang bertujuan untuk meredakan ketegangan dan memudahkan dialog.

Namun begitu, Kemboja sebagai pengerusi ASEAN sekarang membayangkan bahawa mereka mahu melibatkan pemerintah tentera Myanmar dan berusaha untuk tidak mengasingkan negara itu.

Beberapa pemimpin ASEAN sudahpun menggesa Kemboja supaya tidak menarik balik perjanjian itu.

Sumber : Agensi berita/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan